Transformer

10 07 2009

9 julai 2009 | khamis | 9mlm

da tengok Transformers? sori wa tak paham citer tu. hehe.

hujung bulan ini saya akan menamatkan kontrak kerja di IPTA glemer untuk kali kedua, bermaksud mula Ogos 2009 adalah tahun ke-5 saya berkhidmat di Institusi ini secara kontrak. berbaki cuti 4 hari dicampur dengan cuti ganti sebanyak 11 hari memandangkan pegawai kerajaan gred A tidak dibenarkan membuat tuntutan kerja lebih masa, saya dimaklumkan perlu menghabiskan 15hari cuti ni dlm tempoh bulan ni tapi bilo maso den nk cuti da tak sompek dah nih!! adoi laaa…

org tekejut kata woi dah 5 tahun ko kontrak lagi ke? takkan tak serap? tapi sape lah aku nk menjawab nye. usaha dah buat, permohonan utk tetap dah naik bosan aku dok bahaskan dalam meeting. dan sape lah aku nk meluluskan nye. so korang pikir la sendri sape yg patot menyokong permohonan tu. pengamatan aku la kan, mende ni jadik dalam institusi kerajaan je. teringat masa CUEPACS usulkan penyerapan 50,000 kakitangan kontrak kerajaan, tapi senyap cam angin kentut belalu. aku tak tau la mane logiknye rakyat kerja untuk kerajaan bertahun-tahun tapi tidak dapat diserapkan malah ade yg tidak disambungkan setelah kerja 10tahun. gile.

aku mahu berhijrah, tapi ade satu tembok besar menghalang. tembok tu adalah ‘comfort zone’. hidup sekarang ok… I can say ok lah. aku ukur “oklah” ni melalui kehidupan masa dulu. ye lah, dulu student. masa belajar, hidup dengan duit pinjam ngn kerajaan, skarang hidup duit sendiri. dulu makan bercatu, stok megi je belambak, paling hebat makan kat seksyen 2, skang ni yg disebut2 makan Secret Recipe, Coffee Bean, Kenny Rogers, er…, seksyen 2 tu kire last choice le. rumah sewa dulu dok cam tin sardin, skang aman la sket sbb ada bilik sendri-privacy. dulu berjam2 tunggu bas, berasak bawah ketiak masam, alhamdulillah skang ade keter. teringat time nak carik keje pon dulu susah laaa ya Allah… tak jemu apply sana sini, keje ape pon jadik la asal dapat bayar sewa RM110, tambang bas dan duit makan hari2. pernah kerja katering gaji RM200. pernah jadik cikgu ganti for RM500. Sikit kan? tapi I survived and I cherish wat I hav now : )

(atau itu adalah hikmah kerana kau tinggalkan aku?)

so ok ini telah 5 tahun berlalu. masih selesa? sampai bile nak kerja kontrak? sampai bile nak hidup rumah sewa? sampai bile nak makan gaji je? lagi best, sampai bile nk dok single?

saya mahukan hijrah, saya mahukan perubahan dalam hidup. saya mahu berhijrah ke pekerjaan yg lebih baik, sekurang2nya ditetapkan di sini supaya tidak perlu susah hati diberhentikan sesuke hati. saya mahu berhijrah ke apartment sendri warna pink pastel ^_^ yang ada balcony berhadapan dengan tasik supaya family and friends boleh lepak unwind. saya mahu perubahan pada kamera saya dengan beli lense Canon 17-55mm f2.8 sbb kitlense dah rosak ½ tahun tak beganti. Saya perlu perubahan Neo yg berusia 3 tahun dengan Major Service dan perlu tukar audio system due to sound dah pecah, tukar alarm yg gile annoying sukasuki bebunyi, tinted kereta yg dah berombak, maybe change to new black rim ^_^ saya juga mahu perubahan hall rumah ni, dengan beli sofa berkulit sbab fabrik will trap dust, book storage to store massive unread books and old mags, and maybe new TV LCD 32” to replace 7years old unbranded TV hihihi~

owh semuanya duniawi…..

mahu berubah perlu pengorbanan.
bole ke korbankan comfort zone tu?
mulakan dengan berubah diri sendiri menjadik seorang yg BERFIKIRAN POSITIF dan HAMBA ALLAH YANG TAAT.
mulakan SEKARANG!

terima kasih kepada kamu yg memberi kekuatan dan dorongan. : )
terima kasih Allah atas rezeki yg dilimpahkan.
semoga Dia permudahkan hijrah aku.

sebenarnye aku nak citer pasal shah alam.
shah alam skang ni massive development lah.takot tengok.
papan tanda development are everywhere. tadi lalu seksyen 19, place I lived before jalan dah besar siot! nak buat higway ke Kemuning. Rumah flat aku duduk dulu adalah paling burok, now dah berkaler. PKNS telah ditenggelamkan oleh SACC Mall, and now akan buka SA Convention Center plak! Depan dia ada Kompleks Kebudayaan, arkitektur lawa gile. Shop lots tumbuh cam cendawan, gile tol.specially area Seksyen 7 ni sebab aku dok sini 4 tahun dah ada macam2. depan umah aku skang ni ade seketol shop lot, blakang UiTM (area Shell) lagi banyak  - siap nk buat Pizza n KFC and its exactly at junction gate blakang UiTM (sng student jalan kaki pi lepak situ) plus tengah buat gudang exibition utk disewa so I predict situ akan ada Car or Furniture Exibition . Pusat Bandar Seksyen 7 dah nk bukak dah yg kedai dia dibuat dari Kaca. mampuih la penyewa nk bayar sewa. Rumah lagi la massive construction, sebelah INTEKMA tu Banglo Semi-D and Banglo Terrace now dah siap dah, seketol 500k and up to 1mil++!! Area U11, U12, Setia Alam, fuuhhh tu tak kira lagi… area Shah Alam selatan seksyen belas-belas tu… tak tgk lagi… specially sek18 le dah ada Ole-ole Mall, Mydin….depan umah aku ni ada kolam tadahan, skang dorang dah buat jadik tempat riadah yg lawa gile!! DAN AKAN ADA HOSPITAL UMUM DI SEBELAH PERUMAHAN FLAT RUMAH AKU!!!

mana la jalan tak jem. T____T
buat pembangunan tolong la seiring dengan infra yg lain, jalan dibesarkan, parking dibanyakkan.
and rumah tu, jual yg mahal2. aku nak beli camne?
aku rasa shah alam dah tak best nak duduk.
sbb bakal sibuk.

shah alam was residentiol area now telah berhijrah jadik comersial.
urban area cost a lot. living cost naik. COLA tak naik.

aku nk berhijrah dok ireland. XD

12:45AM | 10-7-09


(inspired by him)

 


Actions

Information



4 responses to “Transformer”

11 07 2009
  pak leman (07:17:06) :

hmmm i know i t is very hard to leave de comfort zone. i have been like u…i know how is the situation buat what the hack u waiting for. dari tunggu buat yang x runtuh2. i know you can do it. You have all the talent and capability…try the world outside ther. explore urself and do the best for urself buat bf that remember dis ..be preperad…

22 09 2009
  kim (03:28:33) :

try

3 11 2009
  Ur friend,Ur Fans (12:34:32) :

try kim… tak selamanya comfort zone itu mengenakkan.
btw i swear the photo is so damn nice lah.
now i know, why do those ppls who have innocent face called baby face.
whoaaa… no sin.

3 11 2009
  kim (14:14:25) :

thanks Adit :)

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>