Simpan Dalam Hati
Owh aku sbnrnye lupe when was my last update. Dem tak dapat tdo juga arini mampuih sok gi keje tehuyung-hayang. Jam biologi aku dah pening. Kerana seminggu yg lepas aku besengkang mata menjaga ayah di hospital.
Kasih pada Ayah
Sukar nak gambarkan perasaan aku menghadap ayah yg tak mampu bernafas. Pertama kali melihat mata ayah temenung jauh ketika dia mencari setarik nafas, genang air mata aku simpan dalam hati. tak dpt ku lupa saat aku mengurus ayah. sedang dia tidur aku berjaga pastikan semua wayar di dada dia berfungsi. Graf oksigen di monitor dlm keadaan stabil. Kantung air harus menitis dlm urat ayah. Sesekali meletak tangan ni di dahi ayah, periksa suhu badan nya yg selalu berubah. Bila panas, aku rendam tuala Good Morning lalu demah di dahi ayah. Bila dia mengadu sejuk, aku perlahankan kipas dan selimutkan dua lapis gebar sambil mengusap kaki ayah. Bila dia haus, aku buatkan air susu dan suapkan sikit roti bun. Sesekali lihat dada ayah berombak cuba bernafas, aku urutkan dada. Dan bila mana mata nya memandang jauh ke siling, sepenuh hati mencari ruang untuk bernafas, air mata aku jatuh. Hati aku berdoa pada Allah, semoga ayah tabah dan cepat sembuh. Al-Hamdulillah.. hari ini, ayah dapat berjalan. kamu ada pengalaman ni? Ceritalah kerana aku tiada rujukan.
FMDC Event: Kuala Selangor Photo-Hunting
Sebenarnye sehari sblm ayah sakit aku ikut Fotopages Malaysia Digital Community buat photo-hunting di Kuala Selangor. Sengaja aku isi ruang kosong hidop dgn mencari ilmu untuk hobi baru. Hobi suka2. Bukan mengikut trend tp sesuatu yg ingin aku buat dari dulu. Cuma tak pernah ada ruang dan peluang. Kalau ikut trend dah lama sambar 450D ahahah~ Satu event yg hebat, tapi mungkin kerana aku terlalu baru dalam keluarga tu so agak berat molot sket nak tanye skil buat tu ini. Aku seorang pemalu huahuahua~ lagi pun masa terlalu singkat. Tak mengapa, ilmu bukan dicedok sekali setempayan. Tamak la tu.. ahaha~ dpt jumpa kawan baru yang sama arus minat. Itu yang aku cari. Kisah kain pelikat mmg gilak ahaha~ Kenangan tu tersemat simpan di dalam hati. Mari ke Flickr tgk foto hancus itu hee.
Aku Poseurs. Kah?
Damn all who said sekarang ni semua nk ikut trend art scence or indi cult. Aku bimbang fikiran skeptik mereka. Telah byk diskusi pasal isu art scene di Mesia. Fikir aku, yang penting kamu tahu kamu siapa. Kamu tahu kamu siapa? Si pengaku dah lama dalam art scene? Si pengaku yg terror dewa amik gambar? Si tidak-pengaku ikut trend? ahahah~ Mungkin kamu tak tahu hala diri sbb tu kamu mahu mencuba dan itu tak salah. Seperti kata NizamNuri dalam blog FendyZaidan
yg amat aku setuju. Just jangan kamu ego dan poyo dgn gadjet dan kepakaran dan fanatik dalam arus ‘seni’ kamu tu sudah. Ahaha~ aku bukan seni pon nak bebel. Suka dapat jumpa kawan wif same interest. Don’t you?
Mengenangmu [Kerispatih], simpan kamu dalam hati~
[12 Feb 2007 – Selasa - 05:09AM]



berbahagialah kerana masih punya kesempatan menjaga ayah. treasure it! aku penah sapukan obat masa abah kena cacar air, bertuah rasanya. appreciate now, it’s now or never..
-sARah- said this on 25 March, 2008 at 8:01 am
thanks sarah, menitik air mata aku jap :’)
iKiM said this on 25 March, 2008 at 10:57 pm