Entry Ramadhan
28 09 2007
Buka Puasa di Rumah Saya
ye. ye. aku tahu. ramadhan sudah separuh aku pulak sibuk buat entry lapok ni. pertama dahulu terima kasih bebanyak pada Sarah KakLong, Ayu Harun, Fakrin dan Mr & Mrs Adik yang sudi datang bukak pose kat umah aku ni yang hanya berukuran 800 x 600 pixel je. ye. buka puasa dengan juadah sederhana, lapan mulut kongsi-kongsi makan rezki ape yang ada, duduk atas lantai jamah di atas meja besarnya sedepa tangan. aku suka suasana tu lama tak rasa. hanya zaman belajar dulu je dapat. ralat gile tak dapat capture the moments wif u all. argh! lupe kamera sebab asyik borak. owh takpe, yg penting termakbul hajat dapat makan murtabak daging yang padat, lemak dan tebal : thanks Along. hehe. Tahun depan boleh la datang lagi. Tak la akan aku berasa SUNYI
Jiwa Sayu
Dalam Ramadhan 1428 ni, hati aku terasa sayu lah. mungkin hati aku dah jadi tua seiring umur. senang terusik. hmm… terasa sayu dan sedih selalu termenung di sejadah. Sayu. sayu pada macam-macam hal. kesayuan yang tiada tandingan bila aku dpt tahu, dalam beg tu adalah Nurin Jazlin. Tangan aku sejuk bila tahu. Hanya cerita Nurin aku ikut dari berita, surat khabar dan blog. Tak minat cerita rasuah Peguam dan Hakim. Tak minat cerita Al-tantuya. Tak minat cerita bas tergolek. Lagi tak minat dengar Erra nak kahwin. ini cerita pembunuhan satu jiwa yang tak berdosa. di dera. tu yang buat aku sayu. Hanya Allah tahu bertapa deritanya Nurin tanggung seksa sebulan bersama si Laknatullah tu. Dia mati dalam keadaan menangis dan menahan sakit. Ya Allah. Ini bulan Ramadhan. Astagfirullah…
Submisi Foto DFJJ
Argh! aku dah jadik gile tengok submisi foto di DFJJ . smer gempak-gempak lah! specially Tema Cahaya kali ni. membakar perasaan untuk jadi ahli keluarga tu. kerana aku sedar diri, hanya mengintai celah2 daun kelapa je lah. aku tak punya bakat maha begitu. ini sebab Fendy pernah nasihat dlm entry-nya. juga perlu tahu kenapa perlu blogging jika hanya tahu merepek ber-emosi seperti nasihat dalam entry-nya yang ini. bagi aku, takpe. tak kisah lah. ini hak masing2. cuma pendekatan DFJJ ni aku amat sokong yg buat aku perlu ubah sikit sikap aku yang best ni supaya jadik lebih best. heh! tak caya? aku memang best lah. rugi tak kawan ngan aku.
[merepek sambil fikir nak masak apa kejap lagi]
Ulas Entry Fendy
owh kena baca entry raya fendy. apa yg kamu kata tu mmg betul. teringat balik kampung masa kecik2 ikut jalan lama. singgah mandi sungai dulu kat Bukit Berapit. bentang tikar makan tngahari tepi jalan tepi kebun getah. aku gak pernah mengadap tiket bas abis. biasalah aku. keje last minit. hmm memang generasi baru ni rugi JIKA tidak ada yang mengajar tradisi.
kamu pun sayu ke? hmm…


Recent Comments